Saturday, December 12, 2009


Asslamualaikum,

Selamat Datang ke ke laman sesawang Tadika & Tahfiz Raudatul Iman.


Objektif kami: melahirkan pelajar-pelajar yang pandai membaca.

Visi kami: melahirkan pelajar yang hafiz al-quran & berakhlak mulia Insya Allah.




Di samping itu, kami mengutarakan pendidikan tahfiz sebagai teraju pembaharuan di dalam sistem pendidikan masa kini.



Tadika+Tahfiz+Fardhu Ain+Taska= 4 Dalam 1



Beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang



Setiap anak, adalah kurnia dari Allah Yang Mahakuasa. Tiga tahun pertama adalah waktu yang sangat penting untuk pertumbuhan minda mereka sebelum melangkah ke alam persekolahan.

"Seorang bayi lahir murni dan bersih seperti selembar kain putih dan itu adalah ibubapa yang akan membuat dia seorang yahudi atau seorang kristian atau pemuja matahari" Hadis Nabawi

Sebagai ibu bapa yang perihatin, berikan anak anda rangsangan dan kepercayaan diri untuk beralih ke tahap terbaik bagi pembangunan mindanya.


Bermula dari umur 4 hingga 6 tahun anak anda haruslah dipersiapkan sebelum hari mereka memasuki alam persekolahan sebenar.oleh itu, Tadika & Tahfiz Raudatul Iman sedia merealisasikan impian anda Insya Allah.


Pendekatan kami

Selaras dengan era kemajuan, Belajar melalui permainan menjadi asas bagi pembangunan yang fleksibel, dinamik dan komprehensif. Apabila anak mencapai 6 tahun, mereka akan disajikan dengan kegiatan yang sedikit lebih serius dan formal. Pelajar-pelajar didorong dan memulakan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.



Kurikulum kami

Di Tadika & Tahfiz Raudatul Iman, kami mempunyai pendidik yang sentiasa akan berusaha untuk pendidikan yang terbaik untuk pelajar-pelajar. Kami juga menggunakan kaedah bermain sambil belajar bagi mengelak pelajar-pelajar merasa bosan.




1. Perkembangan Fizikal

  • perkembangan mental (pendidikan) & fizikal (bermain)



2. Perkembangan Bahasa

  • Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar
  • Kaedah membaca bacalah anakku, read easy dan iqra’




3. Pembangunan Sosial dan Emosional




4. Spiritual dan Pembangunan Moral

  • Mendidik untuk menguatkan iman kepada Allah
  • Memahami konsep bersikap baik kepada orang lain, ibubapa, adik beradik, orang tua dan teman-teman.
  • anak-anak didorong untuk mengikuti teladan watak daripada Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wa Sallam
  • membaca hadis dan cerita pendek dari Al-Quran
  • Pendidikan Al-Quran
  • Mempraktikkan Solat




5. Kreativiti

  • Seni, kraftangan & lukisan
  • Nasyid
  • Mengekspresi kreativiti dan imaginasi



Sukatan pelajaran KAMI:


BIL

SUKATAN PELAJARAN

1

Tahfiz



2

Bahasa Melayu



3

Bahasa Inggeris



4

Bahasa Arab



5

Matematik



6

Sains



7

Nasyid



8

Kreatif



9

Pendidikan Islam



10

Jawi



11

Iqra’



12

Perkembangan Fizikal



13

Computer



14

Solat



Terletak di kawasan yang strategik.


Jimat masa & jimat wang dengan yuran yang sangat berpatutan.



Percayai kami, kami akan memberi yang terbaik kepada khalifah kecil anda. Insya Allah!





Alamat kami: No. 2, Jln Pulai Jaya 3/6, Bandar Pulai Jaya, 81300, Skudai Johor.


e mel: raudatuliman@live.co.uk


Telefon: 07 521 3961 / 019 7469238 / 012 771 1410


*click to enlage